Kecenderungan Pelajar terhadap Keusahawanan di Kolej Komuniti Segamat 2

Authors

  • Amier Hafizun Ab Rashid
  • Datin Sakinah Mupit
  • Mohamad Afdzam Rahim

Keywords:

kecenderungan, Kolej Komuniti Segamat 2 (KKS2), keusahawanan

Abstract

Kajian kecenderungan pelajar terhadap keusahawanan perlu diteruskan dalam memastikan keberkesanan faktor-faktor yang terlibat dalam menjadi pendorong terhadap pembabitan pelajar dalam bidang keusahawanan. Pelajar yang memulakan perniagaan lebih awal semasa di alam kampus berpotensi untuk memposisikan perniagaannya sebagai kerjaya pilihan bahkan boleh meningkatkan taraf ekonomi negara dengan cara menyumbang dari sudut pendapatan dan menawarkan peluang pekerjaan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti kecenderungan pelajar terhadap keusahawanan di kalangan pelajar semester akhir (semester 4) Kolej Komuniti Segamat 2. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif dan menggunakan kaedah tinjauan. Kajian tinjauan ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kajian. Keseluruhan 36 pelajar semester akhir di Kolej Komuniti Segamat 2 terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kecenderungan pelajar terhadap keusahawanan adalah terdorong oleh faktor motivasi dan kurikulum. Selain itu, pensyarah juga bertindak sebagai pemangkin yang dapat memupuk minat pelajar serta kurikulum yang dibekalkan seperti modul Keusahawanan, Digital Entrepreneurship dan Pembangunan Perniagaan berjaya dalam merealisasikan pembudayaan keusahawanan di kalangan pelajar bumiputera.

Published

2019-05-06