Pengaruh Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Terhadap Kualiti Guru Sekolah Rendah Luar Bandar di Sabah [The Influence of Management of Teaching and Learning Towards Teachers’ Quality of Rural Primary Teachers in Sabah, Malaysia]

Authors

  • Normiati Batjo Universiti Malaysia Sabah
  • Abdul Said Ambotang Universiti Malaysia Sabah
  • Mohd Suhaimi Taat Universiti Malaysia Sabah
  • Musirin Mosin Universiti Malaysia Sabah
  • Abdull Sukor Shaari Universiti Utara Malaysia
  • Roslee Talip Universiti Malaysia Sabah

Keywords:

Pengurusan, kualiti guru, Sekolah Rendah Luar Bandar, Sabah

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh dan hubungan pengurusan pengajaran dan pembelajaran (PPdP) dengan kualiti guru sekolah rendah luar bandar di negeri Sabah, Malaysia. Kajian mengaplikasikan kaedah tinjauan dengan menggabungkan teknik pensampelan kebarangkalian berstrata, kluster, dan rawak mudah. Berpandukan teknik pensampelan Cohen (2001), sampel ditetapkan sebanyak 380 orang. Data dikumpul menggunakan satu set borang soal selidik adaptasi. Analisis deskriptif menunjukkan semua variabel diamalkan pada tahap tinggi. Ujian-t membuktikan terdapat perbezaan skor min yang signifikan bagi semua variabel berdasarkan jantina. Ujian Korelasi Pearson dan ujian regresi pula menunjukkan wujud hubungan positif yang sederhana antara variabel PPdP dengan kualiti guru.

The purpose of this study is to identify the relationship and influence of teaching and learning management (PPdP) towards the quality of rural primary school teachers in the state of Sabah, Malaysia. This study applies the survey method by combining stratified, cluster, and random sampling techniques. Based on Cohen’s (2001), the sample was set at 380 people. Data were collected through a set of adapted questionnaires. Descriptive analysis showed that all variables being practiced at a high level. T-Test proved that there was a significant difference in mean score for all variables based on gender. Pearson Correlation and regression test showed that there was a moderate significant relationship between PPdP variables with teachers’ quality.

Published

2021-02-20