Pengaruh Kerajaan Uthmaniyyah dalam Pentadbiran Islam di Negeri Johor pada Abad ke-19 oleh Sultan Abu Bakar (1862-1895) dan Sultan Ibrahim (1895-1959) [The Ottoman’s Influence in Islamic Administration of Johore State in 19th Century by Sultan Abu Bakar

Authors

  • Ermy Azziaty Rozali Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohd Hafiz Othman Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Napisah Karimah Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Sultan Abu Bakar, hubungan diplomatik, Kerajaan Johor, Kerajaan Uthmaniyyah

Abstract

Sultan Abu Bakar terkenal sebagai pemerintah Melayu yang menjalankan transformasi dan pemodenan dalam pentadbirannya. Baginda juga terkenal bersahabat baik dengan British semasa memegang tampuk pemerintahan. Terdapat pengkaji menyimpulkan bahawa pentadbiran baginda dikaitkan dengan pengaruh Barat iaitu British. Namun begitu, kurang perbincangan sisi pandang dasar Islamisasi dalam pentadbiran Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim dalam pentadbiran Johor. Persoalan ini rentetan dari hubungan diplomatik Kerajaan Johor dengan Kerajaan Uthmaniyyah iaitu Khilafah Islamiyyah yang berpusat di Istanbul pada abad ke-19. Penulisan artikel ini bertujuan untuk menganalisis dasar Islamisasi yang dipengaruhi dari Kerajaan Uthmaniyyah dalam konteks pemodenan dalam pentadbiran Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim. Penggubalan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor pada tahun 1895 menetapkan bahawa negeri Johor diiktiraf sebuah negeri yang berdaulat dan bebas mengamalkan dasar-dasar Islamisasinya. Hubungan diplomatik tersebut juga mengukuhkan lagi kedudukan politik negeri Johor dari ancaman British. Metodologi kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan pendekatan kajian sejarah bersumberkan data-data kontemporari. Objektif penulisan ini adalah untuk memaparkan dan membuat analisis berdasarkan sumber sejarah kontemporari tentang transformasi dasar Islamisasi Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim di negeri Johor. Hasil penulisan ini mendapati Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim melaksanakan dasar Islamisasi dalam pentadbiran Kerajaan Johor rentetan hubungan diplomatiknya dengan Kerajaan Uthmaniyyah, antaranya penggunaan gelaran sultan dan penggubalan perundangan Islam.

Sultan Abu Bakar very well-known as a Malay’s king who transformed and modernist in his administration. His Majesty friendship with British also closed during his reigning. Some researchers had concluded that his administration was associated with the western influence of the British. However, there is less discussion from perspective of Islamization policy in the administration of Sultan Abu Bakar and Sultan Ibrahim in Johore. This question sequence of diplomatic relationships between Johore Government and Ottoman Government, the Islamic Caliphate located in Istanbul in the 19th century. This article aims to analyse the policy of Islamization influenced by the Ottoman Empire in the context of modernization in the administration of Sultan Abu Bakar and Sultan Ibrahim. The enactment of the Johor Government Constitution in 1895 stipulated that the state of Johor was recognized as a sovereign state and independent to practice its Islamization policies. That diplomatic relationships also strengthened the political position of the Johore state from the British threat. The methodology using qualitative design based on historical research approach sourced from contemporary data. The objective of this writing is to display and make an analysis based on contemporary historical sources on the transformation of the policy of Islamization of Sultan Abu Bakar and Sultan Ibrahim in the state of Johore. This paper finds that Sultan Abu Bakar and Sultan Ibrahim had adopted the policies of Islamization effects of diplomatic relationships with the Ottoman Government applied in the Islamic administration of Johore, such as the title of sultan and Islamic legislative.

Published

2020-08-04