Penglibatan Golongan Wanita dalam Bidang Ketenteraan menurut Cerminan Syariah [Women’s Involvement in the Military Field according to the Reflection of Shariah]

Authors

  • Zainal Azira Ahmad Zabidi
  • Ezad Azraai Jamsari Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Ibnor Azli Ibrahim

Keywords:

Wanita, kerjaya ketenteraan, panduan Syariah, sejarah ketenteraan, tamadun Islam

Abstract

Operasi ketenteraan dan jihad mempertahankan tanah air amat sinonim dengan jiwa dan fizikal golongan lelaki. Namun, sejak era Nubuwwah misi ketenteraan turut disertai golongan wanita dengan peranan tersendiri dan tertakluk kepada keizinan daripada Nabi Muhammad SAW. Dunia kini membuka ruang penyertaan seluas-luasnya kepada golongan wanita dalam bidang ketenteraan hingga ke barisan tempur. Fenomena ini menimbulkan persoalan berbangkit serta sensitiviti agama dan adat. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk meneliti penglibatan golongan wanita dalam tentera menurut cerminan Syariah. Penulisan ini bersifat kajian kualitatif dengan pengaplikasian reka bentuk kajian sejarah dan analisis kandungan. Kajian inimenggunakan metode dokumentasi sebagai kaedah pengumpulan data dengan memfokuskan pada beberapa sumber primer dan juga sekunder. Manakala bagi kaedah analisis data, kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif menerusi analisis kritikan dalaman dan kritikan luaran. Dapatan kajian ini menghujahkan bahawa penyertaan golongan wanita bidang dalam ketenteraan menurut perspektif Islam adalah terletak di bawah urusan eksklusif pemerintah dan tertakluk kepada syarat-syarat yang patuh Syariah. Kajian ini turut memberi implikasi yang signifikan kepada pembuat dasar khususnya untuk menjadikan eleman Syariah sebagai asas kepada penyediaan prosedur dan garis panduan mengenai pengurusan wanita khasnya dalam konteks pemerkasaan wanita dalam lapangan kerjaya ketenteraan dan pertahanan.

Military operations and jihad (strive) in defence of the motherland is very synonymous with the masculine soul and physique. However, since the Nubuwwah era, women have participated in military missions in their own role, subject to the permission of the Prophet Muhammad SAW. Today’s world has opened the gate of participation as wide as possible in the military field to women even to the battle line. This phenomenon raises questions and evokes religious and conservative sensitivity. Hence, the objective of this research is to examine women’s military involvement according to the reflection of Shariah. This research adopts a qualitative approach through application of historical study and content analysis. It uses documentation as a method of data collection by focusing on some primary and secondary sources. For data analysis, research adopts a descriptive approach through analysis of internal and external criticism. Research results argue that women’s participation in the military field according to the Islamic perspective is under the exclusive jurisdiction of the ruler and subject to Shariah-compliant conditions. This research gives significant implications to policymakers, specifically to uphold Shariah principles as the foundation to establishing the procedure and guidelins regarding management of women, specifically in the context of empowering women in the career field of military and defence.

Published

2020-07-14