Kajian Literatur Saiz Kosa Kata Arab di Malaysia [Literature Review of The Size of the Arabic Vocabulary]
Keywords:
Kosa kata, saiz kosa kata, ujian kosa kata, strategi pembelajaran kosa kataAbstract
Kosa kata memiliki kedudukan yang istimewa dalam konteks penguasaan bahasa dan merupakan aspek yang perlu diberi perhatian dan dikuasai oleh setiap pelajar sekiranya kita hendak melahirkan generasi yang berkemampuan untuk berkomunikasi secara lisan atau tulisan. Kosa kata merupakan elemen yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak kira bahasa ibunda mahupun bahasa kedua. Banyak kaedah yang boleh digunakan dalam mengenal pasti kosa kata. Penguasaan lebih banyak jumlah kosa kata atau menguasai saiz kosa kata sesuatu bahasa dapat mengukur kecemerlangan bahasa seseorang individu. Kekurangan penguasaan kosa kata memberi impak kepada keupayaan menguasai empat kemahiran bahasa, iaitu menulis, membaca, bertutur dan mendengar. Kajian ini bertujuan membincangkan kajian-kajian lepas berkaitan saiz kosa kata Arab di Malaysia yang merangkumi kajian konsep, strategi dan penguasaan terhadap kosa kata Arab itu sendiri. Kajian ini merupakan kajian literatur melalui analisis kandungan dan dihuraikan secara deskriptif. Dapatan kajian mendapati bahawa pembelajaran dan pengajaran bahasa Arab mempunyai hubungan yang sangat signifikan dengan saiz kosa kata. Saiz kosa kata ini sangat berkait rapat dengan strategi pembelajaran bahasa dan juga terhadap kemahiran bahasa. Bagi menguasai saiz kosa kata yang banyak, pelajar perlu mempunyai strategi untuk menambahkan saiz kosa kata, seterusnya mereka akan dapat menguasai kemahiran berbahasa. Oleh itu, pembelajaran yang sistematik mengikut aturan yang ditetapkan dapat memudahkan pelajar menguasai kemahiran berbahasa.
The lexicon has a special position in the context of language proficiency and is an aspect that should be given attention and is dominated by every student if we want to produce a generation that have the means to communicate orally or in writing. Vocabulary is an essential element in the teaching and learning of language regardless of the native language nor the second language. A lot of methods that can be used in identifying the vocabulary words. The more mastery the amount of vocabulary or mastering the size of the vocabulary of a language is able to measure the excellence of the language of an individual. The lack of mastery of vocabulary impacts on the ability of the master the four language skills, namely writing, reading, speaking and listening. This study aims to discuss previous studies related to the size of the vocabulary is Arabic in Malaysia which includes the study of concept, strategy and mastery of the vocabulary of the Arabic itself. This study is a literature review through content analysis and described descriptively. Findings the study found that teaching and learning the Arabic language has a relationship is very significant with the size of the vocabulary. The size of the vocabulary is very closely related to language learning strategies and also against the skills of the language. In order to capture the size of the vocabulary that a lot, students need to have a strategy to increase the size of the vocabulary, next they will be able to master the skills of speaking. Therefore, systematic learning according to the rule set is able to facilitate students to master speaking skills.