Tadbir Urus Harta Kanak-kanak Menurut Perspektif Syarak [Child Property Management According to Islamic Perspective]

Authors

  • Rosnani Hussain
  • Md Yazid Ahmad
  • Noorsafuan Che Noh

Keywords:

Tadbir Urus, Kanak-kanak, Kelayakkan, Syarak

Abstract

Golongan kanak-kanak juga berhak memiliki harta walaupun mereka merupakan golongan yang masih kecil, lemah fizikal dan mental untuk mentadbir harta. Kelayakan kanak-kanak untuk menerima dan melaksanakan tuntutan syarak khususnya dalam perkara muamalah dibahagikan mengikut kategori kanak-kanak iaitu bermula dari peringkat janin dalam kandungan, bayi yang baru dilahirkan, kanak-kanak yang mumayyiz dan kanak-kanak yang telah baligh. Bagi kanak-kanak yang tidak mampu melaksanakan tuntutan syarak dalam urusan muamalah kerana faktor di atas, maka pengurusan harta kanak-kanak ini perlu ditadbir oleh wali atau wasi yang berkelayakan menurut syarak. Sejajar dengan itu, objektif penulisan ini adalah untuk membincangkan tadbir urus harta kanak-kanak menurut perspektif syarak bagi menjamin dan memelihara kebajikan mereka. Kajian kualitatif berdasarkan kajian analisis kandungan ini menggunakan pendekatan kaedah analisis dokumen dalam proses pengumpulan data. Maklumat dan data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif. Kajian ini menjelaskan bahawa pihak yang diberi tanggungjawab mengurus dan mentadbir harta kanak-kanak perlu mengikuti kaedah pelaksanaan tadbir urus berlandaskan syariat Islam, kerana ia mampu menjaga kemaslahatan kanak-kanak tersebut dan hartanya daripada dieksploitasi dan dimanipulasi oleh pihak lain.

The children also have the right to own property even if they are the young, the weak physically and mentally to administer the estate. Qualifying children to accept and carry out the demands of legislation in particular in the matter muamalah divided according to category of children, starting from the stage of fetus, newborn babies, children mumayyiz and children who have reached puberty. For children who are unable to perform the demands of legislation in Islamic affairs because of the above factors, the management of the property of these children should be administered by qualified trustee or executor in accordance with Islamic law. Accordingly, the objective of this paper is to discuss the governance of property of children according to Islamic perspective to secure and maintain their welfare. A qualitative study based on content analysis study using this approach in the process of document analysis method of data collection. Information and data were analyzed descriptively. This study clarifies that the parties are given the responsibility to manage and administer the property of the child must follow the methods of implementation of governance based on Islamic law, as it is able to maintain the benefit of the child and his property from being exploited and manipulated by others.

Published

2020-03-27