Perundangan Berkaitan Pendisiplinan Pelajar Sekolah Tahfiz di Malaysia

Authors

  • Nur ‘Izzati Ahmad Fisol
  • Mohd Al Adib Samuri

Keywords:

Peraturan, Pendisiplinan, Sekolah Tahfiz, Rotan, United Nation Child Right Convention (UNCRC)

Abstract

Dewasa kini, pelbagai tohmahan yang terpapar di dada akhbar dan media massa mengenai sekolah tahfiz iaitu institusi keagamaan yang menerapkan ilmu duniawi dan ukhrawi dalam mendisiplinkan para pelajar dengan menggunakan rotan bagi mendidik mereka. Oleh yang demikian, objektif penulisan artikel ini ialah untuk mengenal pasti undang-undang atau peraturan yang diguna pakai oleh sekolah tahfiz di Malaysia dalam mendidik dan mendisiplinkan para pelajar mereka. Dalam penulisan artikel ini, metodologi secara kualitatif telah diguna pakai dengan menganalisis pandangan-pandangan berkaitan pendisiplinan pelajar menurut syarak dan perundangan di Malaysia. Data yang terkumpul di analisis berdasarkan kaedah deskriptif dan tematik. Artikel ini dihasilkan bagi mengetahui sejauh mana cara mendisiplinkan para pelajar menurut syarak dan undang-undang di Malaysia dengan menggunakan rotan dan alternatif lain dalam mendidik pelajar di sekolah tahfiz sama ada bersesuaian dengan fasal di bawah United Nation Child Right Convention (UNCRC). Hasil kajian mendapati bahawa tidak terdapat undang-undang yang khusus terhadap sekolah Tahfiz di Malaysia terhadap pendisiplinan pelajar dengan menggunakan rotan dan alternatif lain dalam mendidik para pelajar. Penggunaan rotan hanya sebagai simbol pendisiplinan agar pelajar lebih terdidik dan berdisiplin dalam pembelajaran dan pengajian mereka.

Published

2020-02-05