Kaedah Penyelesaian Masalah Kerohanian dalam Pendidikan Anak Menurut Abdullah Nasih Ulwan [Solution Methods Spiritual Problems in Children's Education According To Abdullah Nasih Ulwan]

Authors

  • Syamila Syamim Yatim University of Malaya
  • Che Zarrina Sa’ari Universiti Malaya

Keywords:

Abdullah Nasih Ulwan, spiritual, children’s education

Abstract

Krisis kejiwaan dan ketandusan rohani yang tidak diberi tumpuan menyebabkan anak-anak terlibat dengan pelbagai gejala yang tidak sihat. Bermulanya kelompangan elemen kerohanian dalam jiwa punca kepada segala kemelut isu sosial dalam masyarakat. Ketidakseimbangan di antara pendidikan jasmani (material) dan rohani dalam membangunkan sumber modal insan menyebabkan berlakunya ketempangan pembangunan insan yang holistik serta tahap masalah sosial yang semakin meruncing. Maka, keperluan rohani perlu dipenuhi kerana ia merupakan benteng kepada sifat-sifat mazmumah yang boleh merosakkan keimanan seseorang. Objektif kajian ini adalah untuk mengemukakan kaedah penyelesaian bagi mengendalikan masalah rohani dalam pendidikan anak menurut Abdullah Nasih Ulwan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif deskriptif iaitu kajian analisis kandungan terhadap karya Abdullah Nasih Ulwan iaitu kitab Tarbiyat al-Awlad fi al-Islam dan R?h?niyyah al-D?’iyah. Justeru dengan kaedah tersebut dapat melahirkan anak-anak yang mempunyai rohani yang baik dan berakhlak mulia.

Spirituality crisis caused children involved in various social problems. The lack of spiritual elements in children’s education will cause social problem in society. The imbalance between physical and spiritual education in the development of human capital sources will caused a global imbalance of holistic human development and it will increase social problems. Therefore, spiritual needs are required to refrain from evil. The objective of this study is to propose a solution methods spiritual problems in children's education according to Abdullah Nasih Ulwan. This study is a descriptive qualitative study which is a content analysis study on Abdullah Nasih Ulwan works such as Tarbiyat al-Awlad fi al-Islam and R?h?niyyah al-D?’iyah. Thus, this method can produce children of good spiritual and good attitude.

Published

2020-03-23